08 August 2012

27 May 2012

Siaran Tertunda : Menjejak Kaki ke Surabaya Langsung ke Puncak Bromo - Day 02

Trafik sungguh sesak menghala ke Probolinggo.. 'macet' kata orang sana.. sampai di kota Probolinggo, kami teruskan saja perjalanan ke kaki Bromo dan menginap untuk satu malam sebelum mendaki keesokkan paginya.. cuaca baik walaupun dalam perjalanan sedikit hujan, suhu di kaki Bromo boleh tahan sejuknya, memang kena pakai jaket tebal kalau tak nak beku..

Selesai makan malam, layan tido sebab jam 4 pagi nak mendaki puncak Penanjakkan untuk view sunrise over Bromo..

Jam 4 pagi kami pun mula ke puncak Penanjakkan, dari resort kami menaikki 4x4 ke kaki Penanjakkan dan terus menapak ke puncak, ada option untuk naik kuda dengan bayaran berpatutan, tapi semua nak tunjuk hero, menapak sajalah, semput gak dibuatnya..

Subuh gelap di puncak Penanjakkan, sunrise view pun tak seberapa..


Dah cerah sikit, yang paling hampir tu Puncak Bromo.. yang jauh belakang tu Puncak Semeru..

Kuda yang hensem



Waroeng kopi, kopi luwak pun ada..

Hari dah cerah

Kembali menapak ke bawah untuk naik 4x4 dan terus ke kaki Bromo

4x4 dah siap menunggu beserta juga penjual souvenir.. 


Bromo Jeep club

Siaran Tertunda : Menjejak Kaki ke Surabaya Langsung ke Puncak Bromo - Day 01

Sekian lama terpendam seumpama gunung berapi aktif pendam, kini muncul ke udara siaran tertunda kembara aku ke Surabaya - Puncak Bromo pada bulan March yang lepas. Jadi biarlah gambar bercerita semuanya.. terima kaseyyyyy..



10 March 2012


Sebaik sahaja tiba di Surabaya, guide serta pak supir terus bawa kami menuju ke kota Probolinggo, on the way singgah di kawasan banjir lumpur panas Sidoarjo atau lebih dikenali sebagai bencana lumpur Lapindo. Nak tau lebih lanjut pasal banjir lumpur panas ni boleh baca kat Bencana Lumpur Lapindo.


Kepulan asap di pusat letusan banjir lumpur, bahang panasnya terasa dari pinggir tasik lumpur


Lumpur panas disedut dan dialirkan terus ke sungai

Masjid yang tak sempat disiapkan angkara banjir lumpur

Kesan kemusnahan.. kawasan perusahaan yang ditenggelami banjir lumpur panas, bayangkan berapa dalam lumpur ni..

Selesai meronda-ronda sekitar kawasan banjir lumpur panas ni, kami meneruskan perjalanan ke Probolinggo.. target untuk bermalam di sana sebelum menuju ke Puncak Bromo keesokkan harinya.





21 May 2012

Back from Russia

Selamat sampai dari Russia pada Sabtu lepas... nice trip, new experience, Saint Petersburg dikenali sebagai City of White Night, kat sini sana musim panas baru start, jam 8.30 malam sama cerah macam jam 4.30 petang di Malaysia.  Di Moscow pula lain cerita, kotaraya yang agak sesak.. nak tulis 1001 pengalaman pasti amik masa 1001 tahun hari jugak :D

Jadi sabar je lah ye untuk update.. sambil tu layan dulu gambar bunga tulip ni, ambik gambar di Gorky Park sambil nyanyi lagu Scorpion 'Wind of Change' ditujukan khas buat Dr. Singa



See you soon for more updates :)

09 May 2012

Kuala Lumpur - Dubai - Saint Petersburg - Moscow - Saint Petersburg - Dubai - Kuala Lumpur

Aku kena travel lagi. 12 May sampai 19 May. Jalan-jalan sambil ambik award. Stock CF card dan SD card kena tambah ni. Khabarnya pemandangan di Saint Petersburg indah indah belaka.


17 March 2012

Aku Panjat Gunung Bromo

Akhirnya aku dapat juga sampai ke puncak Gunung Bromo. Kecut perut tengok kawah gunung yang nun curam ke dalam. Pendakian yang amat relax dan berbaloi-baloi. Puas hati!

Pandangan ke arah Puncak Bromo dari Puncak Penanjakkan

30 January 2012

Penat belum hilang

Mood cuti panjang belum hilang.. penat pun belum hilang.. dah hilang nanti baru lah update lebih detail ye..

Salah satu tempat yang aku pergi lawat dan ambik gambar



Nota untuk diri sendiri: peyakit utama bila berblog ialah malas nak update

17 January 2012

Susu Tarik

Aku : "Teh tarik satu, kurang manis.."

Waiter: "Wookkkeeyyy, siap.."  (padahal belum siap pun..)

Tak sampai 5 minit kemudian..


Waiter: "Teh tarik siap.." (letak kat meja)


Sruuuupppp... aku hirup teh tarik... (serupa tak tarik pun, buih tak ada)

Aku: "Weiiiii.. ini teh tarik ka susu tarik?, kasi bikin lain lah!"


Ada kedai yang konsistensi teh tarik dia langsung tak menepati citarasa. Ini mesti tukang bancuh air malas nak rendam teh. Sekarang susah nak jumpa teh tarik yang sedap. Bagi aku teh tarik yang sedap perlu menggunakan serbuk teh yang berkualiti dan hanya gunakan susu pekat. Teh tarik yang ada campur susu cair dan gula, hancusss sama sekali.

Teh tarik paling sedap setakat ni yang pernah aku rasa ada di Cameron Highland

16 January 2012

Jalan jalan Hujung Minggu

Jalan jalan di hujung minggu. Cuaca cantik dan menarik. Langit biru, angin sepoi sepoi bahasa. Rugi pulak tak bawak kamera, pakai je la kamera telepon ni.

Cuba teka tempat ni kat mana?

10 January 2012

Aku Tulis : Hidung Berlari-lari Anak

Kembang kempis dah hidung ni, dari berlari lari anak ke tahap berlari pecut dah ni. Setakat demam biasa boleh tahan lagi, tapi bab hidung berlari ni memang aku tewas.


Pergi farmasi, direkemenkan ubat untuk telan.. tak ada efek mengantuk katanya


5mg Loratadine and 120mg Pseudoephedrine Sulfate dah telan, tapi masih berlari-lari anak hidung ni..


Rasa nak je jengah Ibusinga tak pun Zouldahan mintak penawar mujarab..


running nose..running nose...



letih betul dibuatnya


Moga hidung ini berhenti berlari 

Aku Tulis: 09.01.2012

09.01.2012 dah berlalu. Bagi aku cukuplah tu. Bosan dah aku didendangkan dengan isu-isu politik negara ni. Memang tak ada kesudahannya. Pihak A hentam pihak B, pihak B hentam pihak C dan sampailah ke pihak Z serta berbalik-balik lah ke pihak A semula.

Aku memang tak berminat dengan politik. Yang aku nak, biarlah negara ni aman damai, maju dan semua orang senang cari makan. Berpolitik tetapi pada masa yang sama ada kepentingan peribadi adalah tak kena sama sekali.

Selamat makan limau buat semua


03 January 2012

Aku Tulis : SD Card Kaput

01-01-2012 yang lepas aku pergi Port Dickson sempena cuti tahun baru. Selalu kalau ke Port Dickson aku menginap di Thistle atau Avillion. Kali ni aku cuba pulak Grand Lexis yang ada water chalet. Zouldahan hari tu pun nak kesini, tapi full house. Aku pun booking online je 2 hari sebelum New Year, ada promosi New Year Deal.

Water chalet siap ada swimming pool kat dalam. Boleh lah berendam secara privacy. Nak tidur dalam pool tu pun boleh kalau sanggup. Walaupun Grand Lexis ni mungkin kategori eksklusif, tapi sebab ramai sangat pengunjung, hilang habis rasa eksklusif tu. Aku nampak ada satu bilik tu sumbat sampai sepuluh orang pun ada. Biasa la, tipikal cuti-cuti Malaysia orang kita.

Water chalet Grand Lexis, Port Dickson

Selamat Datang 2012

2012. Hari ni dah 3 hari dah masuk 2012. Bagi aku 2012 ni tak ada apa yang menarik pun. Sebelum tu, salam perkenalan kepada pengunjung blog aku yang tak berapa ni. Niat aku buat blog ni cuma untuk berkongsi apa saja cerita yang aku rasa menarik untuk dikongsi.

Selama ni aku asyik dok baca blog orang je, nak tulis sendiri malas. Jadi sempena 2012 ni aku rasa aku nak abadikanlah apa yang dok bermain kat fikiran aku ni dalam blog yang tak seberapa ni ye.

Next entry blog aku, aku akan senaraikan blog-blog yang jadi bahan bacaan aku saban hari. Aku suka baca blog-blog diorang ni. Gaya penulisan, gambar, cerita dan idea diorang ni menarik. Aku takde la nak compete ngan blog-blog power ni semua, cuma nak menyibukkan diri je kat alam siber ni.

Wokey, selamat membaca blog untuk semua warga cyber sekalian.